Ahad, 22 Jun 2014


POGRAM SEPAKAT 1 MALAYSIA DAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PERINGKAT DAERAH DUNGUN


Disediakan oleh:,

 AADK Daerah Dungun

Dungun 22  MAY 2014 : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun telah dijemput untuk turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Pogram Sepakat 1Malaysia Dan Pemimpin Bersama Rakyat Peringkat Daerah Dungun 2014. Program anjuran Pejabat Penerangan Malaysia daerah Dungun dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bandar Dungun  telah diadakan di Dataran Kejal, Kampung Pasir Raja Dungun. Selain AADK Daerah Dungun, agensi-agensi kerajaan sekitar Dungun seperti Pejabat Agama Dungun, Klinik Kesihatan Dungun, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun serta Penyelaras Program Sepakat 1Malaysia turut terlibat dalam program tersebut. Antara objektif program komuniti sejahtera ini diadakan adalah untuk melahirkan komuniti yang sihat fizikal dan mental, melahirkan komuniti yang berilmu, menghindarkan komuniti dari pelbagai masalah sosial serta mengeratkan ukhwah antara ahli komuniti.

Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur bagi menarik minat para pengunjung seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan serta pameran dari agensi-agensi lain yang terlibat, penyampaian hadiah kuiz dan hamper kepada pengunjung yang bertuah.


PELAJAR CERMELANG BERMULA DI ASRAMA



Dungun, 22 jun2014 : Sempena minggu sesi suai kenal Pelajar Asrama SMK Padang Pulut, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun telah mengadakan program Pelajar Cermelang Bermula di Asrama

Melalui slot ini, pelajar smk padang pulut telah mendapat pendedahan dan pengetahuan berkenaan bahaya dadah disamping membuka minda pelajar agar lebih berkeyakinan dan lebih  semangat untuk meneruskan pembelajaran walaupun menjadi penghuni  asrama.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pogram tersebut adalah sesi ceramah , pameran , edaran risalah dan soal jawab berkaitan dengan bahaya dadah serta langkah-langkah pencegahan setiap peringkat lapisan masyarakat. Program berlangsung selama 3 jam dan telah berakhir pada jam 11.30 pagi