Sabtu, 1 November 2014

Pogram Komuniti Sihat Tampa Dadah




WARNA menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung
menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang. Lebih bahaya,
warna juga kononnya mampu mentafsir kelebihan dan kelemahan diri
sama ada garang, lembut, pemurah atau periang.

Rona merah, misalnya lambang keghairahan dan berani. Mereka yang
menggayakannya dikatakan memiliki personaliti tegas dan penuh
keyakinan diri untuk menonjolkan kelebihan diri. Namun, awas merah
juga lambang diri yang tamak dan pendendam.

Sekiranya anda ditimpa perasaan tidak menentu sehingga menjejaskan
hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja, pilihlah warna
ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja
mampu menenangkan urat saraf yang tegang, tetapi turut meningkatkan
kreativiti diri.

Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna
boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek
kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan
pemilihan pakaian.

Apakah anda berani menggayakan warna beraneka dan terang? Terserah
kepada anda untuk menyingkap siapa diri anda sebenarnya.

Mengenali warna dan sifatnya

Emas

# Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan
kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka
menolong.

# Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
# Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah
diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila
merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak
prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan
hidup bertawakal.

# Negatif: Boros berbelanja

Kuning
# Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat
perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria.
Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan
tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

# Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi
takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah
# Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat
aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi
pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba
segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih
sayang orang lain.

# Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah
tersinggung.

Hijau
# Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar
melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa
dahagakan ilmu.

# Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh
membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu
# Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu
dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

# Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi
kehendak.

Coklat
# Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan.
Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar
menambahkan ilmu di dada.

# Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was
dan takut berbuat salah.

Perak
# Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi
orang lain.

# Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu
# Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka
diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

# Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
# Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup.
Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.

# Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
# Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang
dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

# Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
# Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.

# Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
# Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga
menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap
dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan
pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan
yang sama terhadap pandangan anda.

# Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak
anda dan ada kala bersifat angkuh.