BULETIN AADK DUNGUN
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH
SEKTOR AWAM
Dungun:
11hb mac 2014
Pada
11hb Mac 2014 Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun dengan kerjasama Unit
Latihan UiTM Dungun telah mengadakan Seminar Pencegahan Dadah di Tempat Kerja.
Program ini bermula pada jam 8.30pagi dan berakhir jam 2.00petang. Program ini
diadakan di bilik Seminar Unit Latihan UiTM Dungun. Seramai 64 orang peserta
telah mengikuti program ini terdiri dari pelbagai peringkat perjawatan dalam
UITM Dungun.
Program
ini dimulakan dengan ceramah oleh Pegawai Unit Latihan Uitm Dungun berkaitan
dengan bagaimana meningkatkan kualiti di tempat kerja. Seterusnya Ceramah 7
langkah Tempat Kerja Bebas Dadah dan permasalahan dadah semasa oleh Pegawai
Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun. Bagi memastikan
kakitangan bebas dadah Ujian Saringan Urin telah diadakan selepas Ceramah oleh
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun.
Hasil
dari program ini semua peserta yang terlibat telah memahami bagaimana
pentingnya suasana kerja yang sihat tanpa dadah. Melalui perbincangan dengan
Unit Latihan UiTM Dungun program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan
meliputi kakikangan dan pelajar UitM Dungun.
.jpg)