POGRAM SEPAKAT 1 MALAYSIA DAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PERINGKAT DAERAH DUNGUN
Disediakan oleh:,
AADK Daerah Dungun
Dungun
22 MAY 2014 : Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun telah dijemput untuk turut serta menjayakan
Majlis Pelancaran Pogram Sepakat 1Malaysia Dan Pemimpin Bersama Rakyat
Peringkat Daerah Dungun 2014. Program anjuran Pejabat Penerangan Malaysia
daerah Dungun dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bandar Dungun telah diadakan di Dataran Kejal, Kampung
Pasir Raja Dungun. Selain AADK Daerah Dungun, agensi-agensi kerajaan sekitar
Dungun seperti Pejabat Agama Dungun, Klinik Kesihatan Dungun, Ibu Pejabat Polis
Daerah Dungun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun serta Penyelaras Program
Sepakat 1Malaysia turut terlibat dalam program tersebut. Antara objektif
program komuniti sejahtera ini diadakan adalah untuk melahirkan komuniti yang
sihat fizikal dan mental, melahirkan komuniti yang berilmu, menghindarkan
komuniti dari pelbagai masalah sosial serta mengeratkan ukhwah antara ahli
komuniti.
Pelbagai
aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur bagi menarik minat para pengunjung
seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan serta pameran
dari agensi-agensi lain yang terlibat, penyampaian hadiah kuiz dan hamper
kepada pengunjung yang bertuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan